Header Ads

test

TABUNG TUNKU MAHMUD: SALUR BANTUAN HAMPIR RM1 JUTA ALOR SETAR – Seramai 506 pelajar telah menerima sumbangan kewangan hampir ...


TABUNG TUNKU MAHMUD: SALUR BANTUAN HAMPIR RM1 JUTA ALOR SETAR – Seramai 506 pelajar telah menerima sumbangan kewangan hampir RM1 juta melalui Tabung Tunku Mahmud sehingga November 2023. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tabung itu adalah salah satu usaha untuk membantu rakyat khususnya anak-anak yatim atau miskin yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian. "Untuk makluman semua, tabung ini dicetuskan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah pada tahun 2008. Malangnya, akaun ini tidak aktif selama beberapa tahun selepas Allahyarham tidak lagi memimpin negeri. "Walaubagaimanapun, bermula tahun ini, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk mengaktifkan semula tabung ini dengan mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk sumbangan Kerajaan Negeri, korporat, individu, anak-anak syarikat kerajaan, dan juga penjawat awam secara sukarela melalui skim potongan gaji untuk menyumbang kepada tabung ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Pembentangan Sidang Bajet Kedah 2024 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Tambah beliau lagi, bagi memudahkan penyumbang menyalurkan sumbangan, satu sistem kod QR telah disediakan atau menyumbang melalui laman web, https://tabungtunkumahmud.kedah.gov.my "Inilah satu inisiatif yang kita usahakan dalam memenuhi konsep 'Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti' di negeri kita yang tercinta ini. "Diharap sumbangan kecil daripada tabung ini kepada anak-anak Negeri Kedah bakal mengubah nasib kehidupan keluarga yang susah yang juga akan merubah masa depan negeri selain menjadikan mereka generasi yang sedia untuk berbudi sebagai rahmat untuk negeri dan masyarakat kita pada masa akan datang," jelas Sanusi lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #tabungtunkumahmud #sidangDUN -UPDA 11/26/2023, 12:28:50 PM 

Tiada ulasan