Header Ads

test

DUN KEDAH LULUS USUL SOLIDARITI TERHADAP PALESTIN ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul solid...


DUN KEDAH LULUS USUL SOLIDARITI TERHADAP PALESTIN ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul solidariti untuk rakyat Palestin yang berdepan kekejaman dan kezaliman rejim Israel. Usul mengecam kezaliman rejim zionis terhadap penduduk Palestin itu dibentangkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, diluluskan sebulat suara selepas mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang. Ketua Pembangkang DUN Kedah, Bau Wong Bau Ek turut membahaskan usul itu mewakili ADUN pembangkang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Israel yang tidak berperikemanusiaan. "Walaupun kami berlainan agama tetapi penindasan terhadap rakyat Islam di Palestin dan pelanggaran hak asasi manusia patut dikutuk sekeras-kerasnya," ujar beliau dengan nada sebak membahaskan isu Palestin. Katanya, rakyat Malaysia perlu mengambil langkah proaktif bersatu hati mengutuk kekejaman Israel di Gaza tanpa mengira warna kulit, pegangan agama dan parti politik. Sementara itu, usul berkenaan turut dibahaskan oleh ADUN Kupang, ADUN Kota Siputeh, ADUN Bukit Lada, ADUN Belantek, ADUN Tokai dan ADUN Pantai Merdeka. Menurut ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Shahrir Long, umat Islam di Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak bersetuju dengan 'two-state solution', sebaliknya mengiktiraf Briged al-Qassam, Hamas sebagai pejuang pembebasan dan bukan pengganas. Pada masa yang sama, ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menegaskan Parlimen Malaysia perlu sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya rejim itu ke peringkat global. #UrusetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah #sidangDUN -UPDA 11/30/2023, 5:30:11 PM 

Tiada ulasan