Header Ads

test

EXCO BANGGA SIKAP TOLERANSI MASYARAKAT SIAM KEDAH


 


PENDANG – Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menyifatkan masyarakat Siam di negeri Kedah mempunyai semangat nasionalisme tinggi walaupun asal usul mereka daripada Thailand.


Katanya, sikap toleransi yang diamalkan oleh masyarakat Siam di sini sangat membanggakan.  


“Saya berharap agar masyarakat Siam di negeri Kedah akan terus-menerus mengekalkan persefahaman, toleransi dan kerjasama dengan masyarakat kaum lain di negeri ini seperti yang telah ditunjukkan selama ini.


“Sifat persefahaman, toleransi dan kerjasama ini telah terbukti bahawa kita boleh hidup bersama-sama sebagai satu keluarga besar dalam keadaan aman dan sejahtera untuk sekian lama,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ucaptama Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Siam Kedah di Kampung Tok Set, Pendang, baru-baru ini.


Jelas beliau lagi, Kerajaan Negeri Kedah juga mengiktiraf sumbangan dan sokongan kepada masyarakat Siam dalam kemajuan, pembangunan serta keamanan negeri.




Beliau juga berharap dengan sokongan ini akan membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan