Header Ads

test

PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT SASAR BANTU 130 RIBU MISKIN TEGAR BUKIT KAYU HITAM - Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (I...


PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT SASAR BANTU 130 RIBU MISKIN TEGAR BUKIT KAYU HITAM - Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR INTAN) di Bukit Tangga bakal menoktahkan kira-kira 130,000 isi rumah miskin. Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, dengan keluasan tanah 30 ekar itu akan menerima 60 pekerja yang merupakan peserta bagi penanaman cili secara fertigasi "Program di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) ini diadakan bagi menoktahkan miskin tegar tanpa mengira kaum dan mereka ini perlu segera dibantu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan mensasarkan pendapatan RM2,000.00 ke atas sebulan," ujarnya ketika sesi lawatan ke tapak program, pada Isnin. Katanya lagi, struktur pembinaan akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti surau, tandas, rumah rehat, tangka air, plot tanaman dan kawasan parkir. Beliau berharap usaha murni untuk membantu rakyat di sekitar Bukit Kayu Hitam ini disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/14/2023, 9:01:04 PM 

Tiada ulasan