Header Ads

test

KEDAH GILAP BAKAT BAHARU SUKAN BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (J...


KEDAH GILAP BAKAT BAHARU SUKAN BOLA SEPAK, SEPAK TAKRAW ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengadakan program mengenalpasti bakat-bakat baharu dalam arena sukan bola sepak dan sepak takraw melahirkan bintang baharu. Exco Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din berkata, program berkenaan mensasarkan murid-murid berpotensi di sekolah-sekolah yang terlibat. Menurutnya, kerajaan negeri juga mengadakan klinik sukan di 12 daerah negeri Kedah bagi memupuk semangat kesukanan di dalam diri rakyat. "JPN juga mengambil peranan dengan menghantar seramai 83 pelajar yang berpontensi ke sekolah-sekolah sukan Malaysia dalam pelbagai sukan antaranya olahraga, skuasy, sepak takraw, hoki, boling padang dan lain-lain. "Selain itu, pendidikan Sains Sukan di setiap peringkat adalah wajar bagi mempertingkatkan prestasi atlet dan ia perlu dimanfaatkan bagi mencapai kecemerlangan sukan dari setiap peringkat bermula akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan mulut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Beliau juga mengharapkan agar pihak-pihak yang terlibat menambah baik ilmu pengetahuan kejurulatihan dan pengurusan sukan disamping memberikan sijil kelayakan kepada jurulatih terpilih. Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah membina gelanggang skuasy di Suka Menanti dan akan mengadakan serahan pemilikan kepada Majlis Sukan Negeri Kedah tidak lama lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #SidangDUN -UPDA 11/27/2023, 1:30:39 PM 

Tiada ulasan