Header Ads

test

KEDAH SUMBANG LEBIH RM2 JUTA UNTUK PALESTIN ALOR SETAR – Himpunan Untukmu Palestin anjuran kerajaan negeri Kedah berjaya mengum...


KEDAH SUMBANG LEBIH RM2 JUTA UNTUK PALESTIN ALOR SETAR – Himpunan Untukmu Palestin anjuran kerajaan negeri Kedah berjaya mengumpulkan lebih RM2 juta untuk pembinaan hospital baharu di Gaza dalam masa terdekat. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengharapkan jumlah sumbangan itu terus meningkat sehinggalah hospital dapat dibina. "Saya yakin dan sangat percaya tuan-tuan akan terus memberikan sumbangan sehinggalah terbinanya sebuah hospital yang diimpikan di Gaza. "RM2 juta tak banyak tuan-tuan, bisiklah dengan hati kita sendiri adakah dengan menyimpan puluhan ribu dalam bank kita dapat menjawab di hadapan Allah SWT sedangkan saudara Islam di Palestin sangat memerlukan bantuan daripada kita," ujar beliau dalam Himpunan Solidariti Untukmu Palestin bertempat di Stadium Darul Aman di sini. Himpunan itu berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu orang bagi menyatakan sokongan kepada Palestin yang tertindas sejak 75 tahun lamanya. "Kita berharap dengan usaha berterusan ini menjelang saat kematian, Allah tidak tayangkan lagi hutang-hutang yang masih belum dibayar kepada anak-anak kita yang terkorban di Palestin," kata polipSanusi dihadapan ribuan rakyat Kedah. Sebagai ketua kerajaan negeri, Muhammad Sanusi mengingatkan rakyat Kedah agar terus bersungguh-sungguh membantu Palestin dan tidak menjadi bakhil dengan rezeki yang Allah kurniakan. Menteri Besar yakin bahawa negeri Kedah akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah dengan sifat pemurah rakyatnya itu. Jelasnya, keikhlasan rakyat Kedah membantu diharapkan Allah SWT akan memudahkan usaha kerajaan negeri merealisasikan agenda 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Palestine -UPDA 11/13/2023, 1:53:29 PM 

Tiada ulasan