Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS ISU PERTIKAI ENAKMEN SYARIAH JERAI – Perundangan syariah pada masa ini sedang diuji cabaran besa...


KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS ISU PERTIKAI ENAKMEN SYARIAH JERAI – Perundangan syariah pada masa ini sedang diuji cabaran besar apabila berhadapan strategi litigasi bagi meruntuhkan undang-undang syariah. Exco Agama, Pendidikan, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, ketika ini terdapat golongan yang mula mempertikai keabsahan undang-undang syariah dan kewajaran syariah diamalkan oleh rakyat negara Malaysia yang merupakan negara majoriti Muslim. "Kerajaan negeri khususnya di bawah portfolio Agama memandang serius perkara ini dan telah merancang Pelan Bertindak Pengukuhan Institusi Mahkamah Syariah yang bermula dengan Seminar Memperkasa Undang-Undang Syariah Peringkat Negeri Kedah pada hari ini. "Usaha ini akan disusuli dengan tindakan seterusnya termasuk perbincangan dengan pemegang taruh bagi menambah baik enakmen-enakmen syariah sedia ada," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Seminar Memperkasa Undang-Undang Syariah yang berlangsung di Dewan Lestari, Guar Chempedak, di sini, hari ini. Katanya lagi, seminar hari ini merupakan medium terbaik bagi para hadirin untuk mendapatkan penjelasan yang tepat dari kalangan pengamal undang-undang mengenai situasi semasa yang berlaku berkenaan serangan ke atas undang-undang syariah. "Insya Allah usaha permulaan ini tidak akan tamat di sini, sebaliknya akan disusuli dengan langkah demi langkah bagi menyempurnakan Pelan Pengukuhan Institusi Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan ummat Islam," tambah beliau lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/14/2023, 6:55:14 PM 

Tiada ulasan