Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI PRIHATIN TERHADAP RAKYAT BERBILANG KAUM DI KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri komited membawa agenda kesejahte...


KERAJAAN NEGERI PRIHATIN TERHADAP RAKYAT BERBILANG KAUM DI KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri komited membawa agenda kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan ideologi politik yang berbeza. Menurut ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah, kerajaan negeri yang prihatin dan tidak mengamalkan sikap diskriminasi kaum ini membuatkan setiap kaum rasa dihormati. "Inilah Kedah yang sebenarnya, inilah kerajaan yang kita harapkan menerajui negeri. "Kekalkan kerajaan negeri yang ada untuk merealisasikan Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua," ujar beliau dalam sesi Perbahasan Bajet Negeri Kedah 2024 bertempat di Wisma Darul Aman. Katanya, pada tahun 2021, kerajaan negeri Kedah telah memberi kebenaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Ular, Kulim menduduki tanah secara percuma daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Jelas beliau lagi, dalam Pembentangan Bajet 2024 kali ini Menteri Besar Kedah mengumumkan peruntukan RM300 Ribu kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang terpilih. "Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri memberi penekanana dalam bidang pendidikan di Kedah tanpa mengira kaum," katanya. ADUN Bukit Selambau itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap Pembentangan Bajet Negeri Kedah bagi sesi 2024 dan memuji bahawa bajet tersebut mencukupi semua sektor penting di negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 12:07:15 PM 

Tiada ulasan