Header Ads

test

LITAR LUMBA SUNGAI PETANI SIAP 78 PERATUS ALOR SETAR – Projek litar lumba Sungai Petani sudah siap 78 peratus bermula dengan bi...


LITAR LUMBA SUNGAI PETANI SIAP 78 PERATUS ALOR SETAR – Projek litar lumba Sungai Petani sudah siap 78 peratus bermula dengan binaan 'track race' dan 'grand stand'. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sekiranya mahu menyiapkan keseluruhan litar lumba itu memerlukan dana sebanyak RM73 juta. Jelasnya, kerajaan negeri penggal ini meneruskan usaha baik kerajaan sebelum ini yang mengumumkan akan membina Projek Litar Lumba dalam manifesto sempena PRU13. "Mengikut plan asal, kos untuk membina litar lumba ini adalah sebanyak RM30 juta, tapi projek diubah kepada litar lumba bertaraf antaranbangsa yang berjumlah RM73 juta. "Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah pun meluluskan sebanyak RM30 juta. Setelah plan diubah, lagi RM43 juta tidak diluluskan," katanya dalam Sesi Penggulungan Pembentangan Bajet 2024 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Tambah beliau, daripada RM30 juta, sebanyak RM10 juta telah digunakan bagi kos pengambilan tanah untuk jalan masuk dan dibuat kerja-kerja tanah oleh kontraktor Bina Darul Aman Sdn. Bhd. Katanya, projek itu tergendala sejak 2016 hingga 2020 setelah RM 20 juta tidak mencukupi. Jelasnya lagi, setelah melalui proses pemilikan tanah, satu syarikat di Langkawi telah mencadangkan untuk meneruskan projek litar lumba. Oleh yang demikian, kerajaan membuat keputusan untuk mencairkan aset (tanah) bagi untuk mendapatkan modal. Muhammad Sanusi berkata, sekiranya menggunakan wang dari kerajaan untuk meneruskan projek itu, hendaklah tanah itu menjadi milik kerajaan dan perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu. "Berlakunya serbuan SPRM pada PRN yang lepas kerana kononnya ada berlaku penyelewengan duit. Oleh itu, projek itu terhenti seketika. "Pada pandangan saya, ada pihak-pihak tertentu yang sengaja menggunakan agensi penguatkuasa untuk mengganggu projek-projek yang akan memberi imej baik kepada kerajaan sekarang. "Kalau projek litar tu siap, akan menampakkan imej kita sangat baik kerana kita dapat menyiapkan satu projek mustahil yang terbengkalai selama 9 tahun. Untuk menggagalkan usaha itu, mereka diarahkan untuk membuat serbuan," ujar Sanusi. #UrusetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah #sidangDUN -UPDA 11/30/2023, 12:15:07 PM 

Tiada ulasan