Header Ads

test

SELURUH ANGGOTA SIDANG DUN NEGERI KESAL LAYANAN BURUK TERHADAP MENTERI BESAR KEDAH ALOR SETAR – Seluruh anggota Dewan Sidang DU...


SELURUH ANGGOTA SIDANG DUN NEGERI KESAL LAYANAN BURUK TERHADAP MENTERI BESAR KEDAH ALOR SETAR – Seluruh anggota Dewan Sidang DUN Negeri Kedah menyatakan kekesalan atas layanan yang berlaku terhadap Menteri Besar Kedah semasa mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand. "Saya selaku ketua yang mempengerusikan dewan ini faham dengan penjelasan yang diberikan oleh Dato' Seri Menteri Besar. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan dukacita kita bahawa perkara seperti ini tidak patut berlaku ke atas Menteri Besar Kedah," ujar Timbalan Speaker DUN Kedah, YB Abdul Razak Khamis di dalam Sidang Bajet 2024 Negeri Kedah hari ini, di sini. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, beliau hadir antara Perdana Menteri Malaysia-Thailand itu apabila mendapat jemputan sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi berlaku perubahan oleh pegawai Kementerian Luar lantikan politik ketika di lapangan terbang. "Saya nampak ada 'games' antara pegawai-pegawai lantikan politik di kedua-dua agensi ini kerana jadual yang disediakan oleh pegawai PTD tersusun tapi apabila ada campur tangan oleh pegawai lantikan politik ini menjadi celaru. "Semasa perbincangan kerusi Menteri Besar Kedah tidak ada dan saya berdiri," jelas beliau. Beliau menegaskan bahawa amat bahaya pemainan 'little napoleon' iaitu orang yang mencaturkan pergerakan-pergerakan hubungan para pemimpin supaya berlaku pergaduhan. Kata Muhammad Sanusi, sebarang urusan diplomatik perlu diserahkan kepada pegawai tadbir dan diplomatik dan tidak boleh diserahkan kepada pegawai politik untuk menguruskan. Tambahnya, apabila kerajaan memberi ruang yang tidak sepatutnya kepada lantikan politik untuk menentukan perjalanan urusan pentadbiran kerajaan, mereka akan meletakkan kepentingan politik di hadapan. Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata kerajaan negeri Kedah perlu diberi ruang bagi membantu agar projek berkenaan berjalan lancar mengikut bidang kuasa negeri terutamanya berkaitan tanah. "Isu berbangkit di Sadao adalah isu tanah yang mana bersambung dengan Kedah bukan wilayah Persekutuan. Tak ada wilayah Thailand yang berhubung terus ke wilayah Persekutuan. "Oleh yang demikian Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri, itulah konsep federalisme iaitu menghormati bidang kuasa masing-masing," ujarnya dalam Sesi Pergulungan Pembentangan Bajet Negeri Kedah 2024. Walau bagaimanapun, beliau tetap berazam untuk membantu sepenuhnya agar projek itu menjadi kenyataan secepat yang mungkin seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri. #UrusetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah #sidangDUN -UPDA 11/30/2023, 12:45:03 PM 

Tiada ulasan