Header Ads

test

MASJID SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT SUNGAI PETANI - Peranan masjid bukan hanya dari sudut ibadah dan kerohanian tetapi ...


MASJID SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT SUNGAI PETANI - Peranan masjid bukan hanya dari sudut ibadah dan kerohanian tetapi sebagai pusat kegiatan dan pengembangan intelektual masyarakat. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masjid tidak boleh terikat dengan sesuatu aktiviti sahaja sebaliknya pendekatan yang pelbagai. "Dunia bergerak ke arah keterbukaan kerana fikiran, minda, informasi manusia juga semakin bertambah. "Maka masjid dan institusi berkaitan mesti terbuka untuk melihat perkembangan ini lebih sihat, beri kebebasan kepada fikiran dan minda masyarakat untuk membuat pertimbangan," ujar beliau ketika merasmikan Karnival 10 tahun Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok bertempat di Perkarangan Masjid Andalusia di sini, hari ini. Tambahnya, pihak pengurusan masjid perlu berminda kelas pertama agar pelbagai kemudahan dan aktiviti di masjid dapat dimanfaatkan masyarakat setempat. Muhammad Sanusi berharap tidak ada pihak yang terperangkap dengan agenda musuh yang menganggap perpecahan akan berlaku apabila bercakap Islam di semua tempat. Jelasnya, hakikat sebenar perpaduan di kalangan umat Islam hanya boleh dibina atas nama Islam itu sendiri. Menurut beliau lagi, setiap masjid mesti mempelbagaikan fungsi bagi menarik kehadiran lebih ramai anggota masyarakat dengan semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. "Masjid Andalusia adalah masjid bandar yang paling dikenali, bila orang hijrah mai ke bandar tengok masjid yang lebih terbuka, jadi pengurusan masjid akan jadi lebih baik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MediaMBKedah #MenteriBesarKedah -UPDA 11/24/2023, 5:30:41 PM 

Tiada ulasan