Header Ads

test

PENEMUAN HIDROKARBON: KERAJAAN NEGERI BERSEDIA TELITI KERANGKA PERUNDANGAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersedia meneliti keran...


PENEMUAN HIDROKARBON: KERAJAAN NEGERI BERSEDIA TELITI KERANGKA PERUNDANGAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri bersedia meneliti kerangka perundangan sedia ada sekiranya aktiviti cari gali minyak atau gas dijumpai dan dijalankan kelak di kawasan yang melibatkan perairan negeri Kedah. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi, hal itu berdasarkan kenyataan akhbar Petronas pada 15 November 2023 yang menyatakan terdapat potensi penemuan sumber hidrokarbon di Langkasuka Basin iaitu di Blok PM320 dan PM321 di utara Selat Melaka berdekatan perairan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Katanya, pada masa ini, kajian seismik sedang dilaksanakan oleh Petronas bagi memeta kawasan yang berpotensi untuk sumber hidrokarbon yang merangkumi 38,000 km persegi. "Sekiranya kajian petronas mendapati terdapat sumber minyak dan gas di dalam perairan negeri Kedah, kerajaan negeri bersedia meneliti dengan lebih lanjut berhubung cukai jualan (Sales Tax) yang melibatkan produk petroleum sepertimana yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Pembentangan Bajet 2024 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #SidangbajetKedah #sidangdun -UPDA 11/30/2023, 1:59:05 AM 

Tiada ulasan