Header Ads

test

PENJAWAT AWAM KEDAH TERIMA RM2000 BANTUAN KHAS KEWANGAN ALOR SETAR - Seramai 5600 penjawat awam serta anggota pentadbiran neger...


PENJAWAT AWAM KEDAH TERIMA RM2000 BANTUAN KHAS KEWANGAN ALOR SETAR - Seramai 5600 penjawat awam serta anggota pentadbiran negeri bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 berbanding RM1,000 tahun lepas. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bantuan khas itu akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada Disember ini dan Mac 2024. Tambahnya lagi, bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM10.8 juta. Tindakan menaikkan nilai bantuan khas tersebut menurutnya dibuat bagi menuruti langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, Oktober lalu. "Saya ikut kerajaan Persekutuan untuk selaras memberikan RM2,000 bantuan kepada kakitangan kerajaan," katanya ketika sidang media selepas Pembentangan Bajet Kedah 2024 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Sementara itu, Bantuan Khas one-off juga akan diberikan kepada Imam lantikan Negeri, Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac tahun hadapan sebagai bantuan Hari Raya. Katanya, kadar bantuan khas one-off ini akan diumumkan kemudian. Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa keutamaan bajet Kedah 2024 adalah kebajikan rakyat, memperkemaskan pentadbiran awam, pembayaran tanpa tunai dan beberapa perkara lain. "Bajet 2024 juga memberi fokus kepada hasil baharu iaitu nadir bumi (REE). "Pilot project REE di Kedah ini akan diteroka di hutan simpan dan beberapa kajian akan dilakukan. "Setiap hasil dari perut bumi akan membawa pulangan 15 peratus kepada kerajaan negeri," kata Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/26/2023, 3:00:33 PM 

Tiada ulasan