Header Ads

test

PROGRAM TANAH RAKYAT: SERAMAI 6,939 PENDUDUK TERIMA PEMILIKAN TANAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah memberikan pemilikan ta...


PROGRAM TANAH RAKYAT: SERAMAI 6,939 PENDUDUK TERIMA PEMILIKAN TANAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah memberikan pemilikan tanah kepada 6,939 penduduk di seluruh Kedah sejak Mei 2020. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemberian tanah itu adalah untuk memastikan rakyat Kedah memiliki tanah sendiri terutamanya untuk dijadikan tapak rumah atau tanah pertanian. "Sepanjang usaha ini dilakukan, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 1,714 lot tanah pertanian kepada rakyat negeri Kedah yang telah mengusahakan tanah kerajaan melibatkan keluasan 961.04 hektar. "Bagi meneruskan usaha yang telah memberi impak besar kepada rakyat Negeri Kedah, inisiatif Program Tanah Rakyat akan terus diberikan perhatian," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Pembentangan Bajet Kedah 2024, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Jelas Sanusi lagi, kerajaan negeri telah mengenal pasti 15 lokasi tapak berpotensi untuk dijadikan perkampungan tersusun di seluruh Negeri Kedah. "Tapak tersebut akan melibatkan anggaran 939 plot kediaman dengan keluasan antara 3,500 hingga 4,000 kaki persegi yang bakal dinikmati oleh mereka yang berkelayakan," katanya lagi. Sementara itu, beliau juga mengumumkan sebanyak 63,761 transaksi bayaran bil dan tuntutan telah disempurnakan oleh kerajaan negeri sehingga 31 Oktober 2023. "Daripada jumlah tersebut, 99.9 peratus bayaran telah disempurnakan dalam tempoh 14 hari. Apa yang lebih membanggakan, 95.02 peratus bayaran diselesaikan dalam tempoh 7 hari, 4.88 peratus bayaran dalam tempoh lapan ke 14 hari dan hanya 0.1 peratus dalam tempoh melebihi 14 hari. "Justeru itu, saya dengan berbesar hati ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri atas pencapaian ini. Kerajaan negeri akan terus komited untuk memastikan kecemerlangan pengurusan bayaran diteruskan dan mencapai sasaran sifar bayaran melebihi tempoh 14 hari," jelasnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/26/2023, 2:25:04 PM 

Tiada ulasan