Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkesempatan turun padang ke Jabi Rice Mill Sdn. Bhd di Pokok Sena, pada Isnin. Syarikat beras ini merupakan pengeluar Beras Sejahtera yang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada semua rakyat yang susah. Ketika di sana, YB Ustazah Ashah diberi taklimat mengenai proses pemilihan, pembersihan, pembungkusan dan juga kawalan kualiti beras-beras yang dipasarkan oleh Jabi Rice Mill. Fakta menarik tentang syarikat ini, mereka antara pengeluar beras yang mempunyai mesin kawalan kualiti sendiri. Menurut pihak Jabi Rice Mill, tidak banyak kilang pengeluar beras yang ada mesin ini yang mampu memilih kualiti beras yang benar-benar sesuai untuk dipasarkan sekaligus memastikan beras yang di pek adalah beras yang berkualiti. Ini adalah perkara yang sangat membanggakan untuk syarikat beras 100% bumiputera seperti ini. Semoga terus maju jaya sebagai salah satu pengusaha bumiputera insha Allah. Hadir sama, Pengarah Urusan Jabi Rice Mill, Badrol Hisham dan wakil Puncak Inderajaya Resources. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 10/31/2023, 3:04:32 PM 

Tiada ulasan