Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin merasmikan Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Arkeologi Kebangsaan 2023 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, pada Ahad. Program itu merupakan anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Konvensyen yang berlangsung dari 4 hingga 6 November itu antara lain bertujuan bagi membentang wacana intelektual dari sudut kebolehupayaan sumbangan bidang kepakaran dalam perkembangan ilmu arkeologi serta cabaran-cabarannya masa kini dan masa hadapan. Konvensyen itu juga memberi peluang kepada para penyelidik tempatan berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kajian serta teknik terkini dalam bidang arkeologi. Beliau turut menekankan perlu ditingkatkan kesedaran terhadap usaha menggali, memulihara dan memelihara khazanah-khazanah pusaka serta warisan arkeologi yang tidak boleh dinilai dengan emas dan ringgit. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada JWN, MOTAC dan semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/6/2023, 2:09:05 PM 

Tiada ulasan