Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri sesi lawatan bersama Pegawai Daerah Yan, Puan Maznim Ismail ke pulau-pulau Daerah Yan, pada Ahad. Antara pulau-pulau yang dilawati ialah Pulau Bunting, Pulau Bidan, Tuas Darat, Pulau Telor, Tukun Terendak dan Pulau Songsong yang merupakan pulau yang terdapat dalam kawasan Jerai Geopark. Suasana di Pulau Songsong memang tenang dan santai. Sesuai buat mereka ingin hilangkan rasa tekanan stress bekerja. Terdapat aktiviti menarik boleh cuba lakukan di sini, antaranya berkelah dengan keluarga, snorkelling, bermandi-manda di pantai, memancing dan berfoto di sekitar persisiran pantai yang berbatu merah (batu lumpur). Dato' Salleh mengharapkan pengunjung yang hadir dapat menjaga kebersihan serta keindahan pantai demi warisan masa hadapan. Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato Hajah Halimaton Saadiah Saad; ADUN Guar Cempedak, YB Abdul Ghafar Saad; Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan; Penghulu-penghulu Daerah Yan serta Kakitangan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN). "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/20/2023, 6:00:52 PM 

Tiada ulasan