Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin merasmikan Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah 2023 di Star City Hotel Alor Setar, baru-baru ini. Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah 2023 bertujuan memberi satu pengiktirafan serta penghargaan kepada para penggiat-penggiat seni di Negeri Kedah dengan memperlihatkan ketokohan dan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni dan budaya tempatan. Beliau mengharapkan agar penggiat seni Negeri Kedah akan lebih berusaha dan menghasilkan suatu yang produktif serta bermutu tinggi bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan seni budaya sekaligus mengangkat dan mempromosikan kepelbagaian produk yang terdapat di Negeri Kedah hingga ke peringat lebih tinggi. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Encik Mohd Amran Mohd Haris; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah, Puan Sabarina Masadi; Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Panel Penilai Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/19/2023, 12:00:41 PM 

Tiada ulasan