Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Penantian penduduk Kampung Pisang, Baling setelah sekian lama mengimpikan turapan tar jalan baru akhirnya direalisasikan. Walaupun permohonan turapan jalan telah dibuat sejak pentadbiran kerajaan terdahulu, namun rezeki tidak memihak kepada mereka sehinggalah Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyediakan peruntukan khas menaik taraf jalan kampung dan ladang. YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad mewakili penduduk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat DUN Kupang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Kredit :Dato' Najmi Ahmad (ADUN Kupang) #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/22/2023, 9:09:33 PM 

Tiada ulasan