Header Ads

test

USAHA SAMA KXP AIRPORTCITY - TAHIRA AIR: MELANCARKAN PEMBANGUNAN KEDAH AEROTROPOLIS ALOR SETAR – KXP AirportCity Holdings menan...


USAHA SAMA KXP AIRPORTCITY - TAHIRA AIR: MELANCARKAN PEMBANGUNAN KEDAH AEROTROPOLIS ALOR SETAR – KXP AirportCity Holdings menandatangani perjanjian usaha sama (MoU) dengan Tahira Air Sdn Bhd sebagai 'Special Purpose Vehicle' yang baharu dalam membangunkan Kedah Aerotropolis. Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KXP AirportCity Holdings menandatangani perjanjian itu bersama Tahira Air Sdn. Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Vincent Tan Kee Kim. Menurut Muhammad Sanusi, kerajaan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan salah satu projek berimpak tinggi dengan mewujudkan satu zon pembangunan ekonomi baharu. Tambahnya, KXP berpotensi untuk menjadi 'economic game changer' pada masa hadapan. Jelas beliau, pelaksanaan projek itu akan merangsang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 4.5 peratus menyediakan 24,000 peluang pekerjaan dan mewujudkan sebuah jaringan pengangkutan baharu bagi wilayah utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak). "Dalam tempoh 90 hari daripada tarikh perjanjian ini ditandatangani, Tahira Air Sdn Bhd akan mendepositkan 125 peratus yang dianggarkan berjumlah RM2.5 bilion untuk mulakan proses pengambilan balik tanah. "Saya harap dalam tempoh yang singkat kita dapat merealisasikan butiran yang dipersetujui melalui perjanjian ini," ujar Sanusi dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian itu. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KXP AirportCity Holdings, Nur Salman Saad berkata usaha sama itu bakal mengubah landskap ekonomi Kedah dengan kenaikan peratusan KDNK menjadi satu kawasan yang berpendapatan tinggi. "Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menolak secara terus, namun MOT hanya memerlukan maklumat dari segi unjuran lapangan terbang kargo di bawah Airportcity. "Kita tidak mengambil unjuran kargo untuk perniagaan yang sedia ada di kawasan wilayah utara tetapi kita membentangkan satu unjuran baru dengan membawa player-player baharu daripada Eropah melalui Henan, China iaitu satu 'supply chain cargo' yang baharu untuk menjadikan Kedah Aerotroplis ini sebagai 'World Hub Distrubution Centre'," jelas Salman. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #kxp #kedahaerotropolis #MenteriBesarKedah -UPDA 11/22/2023, 6:30:00 PM 

Tiada ulasan