Header Ads

test

SAUDARA BARU TERUS DIBIMBING KERAJAAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dala...


SAUDARA BARU TERUS DIBIMBING KERAJAAN NEGERI KEDAH ALOR SETAR - Pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dalam usaha untuk membimbing mualaf melalui pelbagai agensi kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi & Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kelas bimbingan untuk saudara baharu sejak tahun 1999. "PUSBA menyediakan pengajian Al-Quran dan asas fardu ain sepenuh masa selama empat bulan bagi tahap pertama dan empat bulan bagi tahap kedua. Selain itu, pelajar turut disediakan kemudahan penginapan, makan minum, pakaian, buku dan alat tulis serta dibayar elaun pengajian sebanyak RM 300.00 sebulan melalui peruntukan Lembaga Zakat Negeri Kedah. "Bagi pelajar yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sepenuh masa disebabkan kekangan kerja atau yang sudah berkeluarga, mereka boleh mengikuti kelas mingguan yang diadakan di lapan daerah dalam negeri Kedah iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling, Kulim, Pendang, Padang Terap dan Langkawi. Untuk makluman, satu lagi kelas akan dibuka di daerah Sik pada tahun 2024," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Katanya lagi, Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) juga menerusi Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah (PIDK) telah beberapa kali menjalinkan kerjasama bersama PUSBA dengan menyediakan kursus kepada para mualaf khususnya yang berada di sekitar Bandaraya Alor Setar. Tambahnya lagi, YINK juga bersedia menawarkan kemudahan ini kepada pihak PUSBA atau mana-mana pihak sekiranya diperlukan untuk kegunaan pada masa hadapan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/28/2023, 3:00:59 PM 

Tiada ulasan