Header Ads

test

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negeri Kedah.


Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negeri Kedah. PERUTUSAN MENTERI BESAR KEDAH SEMPENA DEEPVALI TAHUN 2023 Deepavali Nal Valthukal Selamat Hari Deepavali saya ucapkan kepada semua penganut Hindu di seluruh Negeri Kedah. Di Kedah, kita ada kira-kita 6.7 peratus penduduk beragama Hindu daripada jumlah keseluruhan 2.2 juta penduduk negeri ini. Minoriti bukan bererti diabaikan atau tidak diberikan perhatian. Dengan slogan "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua", Kerajaan Negeri Kedah sentiasa komited untuk membawa kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum atau agama. Sebagaimana biasa, setiap kali musim perayaan ramai yang melakukan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung, bertemu sanak saudara mahupun bercuti. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar kemeriahan Deepavali tidak dijejaskan dengan berita duka berkaitan kemalangan dan sebagainya. Berhati-hatilah dan jaga diri di mana jua anda berada. Selamat meraikan Pesta Cahaya. Salam hormat, MUHAMMAD SANUSI MD. NOR Menteri Besar Kedah 10 November 2023-UPDA 11/10/2023, 8:08:21 PM 

Tiada ulasan