Header Ads

test

SUKMA2024 : ATLET KEDAH PERLU LEPASI TANDA ARAS YANG DITETAPKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Sukan Negeri...


SUKMA2024 : ATLET KEDAH PERLU LEPASI TANDA ARAS YANG DITETAPKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah melalui Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) telah menetapkan bahawa kesemua 37 sukan yang dipertandingkan di di Temasya SUKMA2024 haruslah melepasi penanda aras (benchmark) yang ditetapkan. Menurut YB Haji Muhammad Radhi Mat Din, Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup & Belia dan Sukan Negeri Kedah, tujuan penanda aras diadakan untuk memastikan kontinjen yang mewakili Kedah benar-benar berkualiti. "Saya mengambil contoh untuk SUKMA 2022 kita menghantar wakil bagi kesemua sukan namun hanya separuh daripada acara yang dipertandingkan pulang dengan kejayaan (dengan pingat)," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Perbahasan Bajet Negeri Kedah 2024 menjawab persoalan daripada ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar yang bertanya berkenaan sasaran pingat dan kategori sukan yang akan disertai dalam SUKMA2024. Jelasnya mengambil kira berkenaan kos, kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk melaksanakan kaedah 'benchmark' dalam usaha untuk memastikan bahawa atlet yang mewakili Kedah ini benar-benar layak dan mempunyai peluang dalam acara yang dipertandingkan. "Dari segi sasaran, kita belum menetapkan lagi sebarang sasaran kerana sukan-sukan yang akan dipertandingkan masih belum melepasi benchmark. "Kita akan tetapkan sasaran setelah sukan-sukan berjaya melepasi benchmark pada masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum senarai pendek diserahkan kepada urusetia SUKMA pada Jun 2024," jelas beliau. Tambah beliau yang juga merupakan ADUN Alor Mengkudu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan secara tahunan untuk atlet yang membawa pulang pingat (emas, pingat dan gangsa). Katanya, sebuah bilik operasi SUKMA Negeri Kedah di MSNK telah dirasmikan untuk digunakan sebagai ruang operasi dan kerja sepanjang tempoh persediaan kontinjen ke SUKMA 2024. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 11:17:35 AM 

Tiada ulasan