Header Ads

test

BAJET 2024: RM5.12 JUTA PEMBANGUNAN SISTEM PENGAIRAN, SALIRAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pertanian dan ...


BAJET 2024: RM5.12 JUTA PEMBANGUNAN SISTEM PENGAIRAN, SALIRAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pertanian dan Perladangan menzahirkan kesungguhan dalam pemerkasaan sekuriti dan nutrisi makanan di Kedah. Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, usaha ini bagi membantu golongan-golongan petani, pesawah, penternak, nelayan dalam membina kehidupan yang lebih baik. "Melalui Bajet 2024 Kedah ini dapat dilihat komitmen kerajaan negeri dalam kesungguhan menyelesaikan isu padi dan beras. Sebanyak RM5.12 juta diperuntukan pembangunan kemudahan sistem pengairan dan saliran pertanian memfokuskan kawasan jelapang dan luar jelapang. "RM24.2 juta juga diperuntukan bagi penyelenggaraan pengairan sungai dan tali air. Insha Allah dengan terlaksananya perancangan ini, kita dapat perluaskan projek atau program penanaman padi 5 kali 2 tahun," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet 2024, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Jelas Dzowahir lagi, kerajaan negeri turut berkejasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyerap beberapa kawasan luar jelapang yang berpotensi. "Program berfasa ini dikenali sebagai MADA Plus. Dianggarkan keluasan sekitar 10,038.4 hektar di mana fasa pertama adalah 2213.4 hektar. Ini membolehkan pihak kerajaan negeri mendapat "spill over effect" daripada peruntukan pihak MADA," ujarnya. Sementara itu, kerajaan negeri juga berjaya mendapat peruntukan Persekutuan sebanyak RM3 bilion menerusi MADA. "Peruntukan ini diberikan bagi mengatasi masalah pengairan dan saliran sawah padi terutamanya di kawasan jelapang. "Tempoh Request For Proposal (RFP) bagi maksud berkaitan telah ditutup dan kini dalam proses penilaian oleh pihak Persekutuan. Kita harapkan perlaksanaan projek ini dapat dilaksanakan secara fizikal dalam tahun yang terdekat," jelas beliau lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 12:45:30 PM 

Tiada ulasan