Header Ads

test

TAMADUN KEDAH TUA PERLU DICUNGKIL BAGI MENCARI PENEMUAN BAHARU SUNGAI PETANI – Penyelidikan mengenai sejarah Kedah Tua perlu d...


TAMADUN KEDAH TUA PERLU DICUNGKIL BAGI MENCARI PENEMUAN BAHARU SUNGAI PETANI – Penyelidikan mengenai sejarah Kedah Tua perlu dipergiat bagi mencungkil lebih banyak maklumat dan penemuan baharu dari masa ke semasa. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin berkata, penemuan peleburan besi di Kedah Tua menunjukkan orang Kedah dahulu merupakan ahli perniagaan yang hebat dan boleh menguruskan pelabuhan bertaraf global. "Justeru, yakinlah wahai anak-anak Kedah bahawa dalam tubuh kita sudah sekian lama mengalir darah berteknologi tinggi, darah pengurusan korporat yang hebat, darah teknokrat dan pentadbir yang berdaya tingi. "Kedah adalah tamadun terawal dan terhebat di nusantara ini. Atas sebab itu, apabila saya melaungkan slogan 'The Greater Kedah', niat dan tujuan saya adalah untuk semua anak-anak Kedah bangkit dan bekerja keras untuk mengembalikan semula kegemilangan negeri terhebat yang kita pusakai ini. "Kalau nenek moyang kita dahulu sudah diiktiraf sebagai bangsa terhebat, yakinlah bahawa kita juga mampu untuk mengangkat semula kehebatan Negeri Kedah pada zaman ini," ujarnya. Beliau berkata demikian mewakili Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika ucapan perasmian Program Sempena Festival Warisan Kraf dan Makanan Tradisi Kedah Tua di Tapak Parkir Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini, hari ini. Katanya lagi, program yang dianjurkan ini adalah salah satu usaha yang baik kerana ia melambangkan kesungguhan anggota masyarakat sendiri untuk mengangkat khazanah setempat sebagai warisan sejarah dan pelancongan di mata dunia. "Sektor pelancongan warisan bukan ada di semua tempat. Tetapi bagaimana kita mahu mempromosikannya, mahu meletakkan aset warisan yang kita ada dalam peta pelancongan dunia, itu bergantung pada usaha kita sendiri. "Andai kata kita diam tidak berbuat apa-apa, ia akan terpendam begitu sahaja. Tetapi dengan daya usaha dan komitmen seperti yang ada pada Persatuan AncKed dan juga pejuang-pejuang sejarah warisan yang lain, insya Allah khazanah yang ada di Sungai Batu ini mampu menarik pelancongan dari serata pelusuk dunia," ujarnya lagi. Tambah beliau lagi, usaha yang dibuat ini amat membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan sektor ekonomi yang berasaskan pelancongan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/4/2023, 1:09:11 PM 

Tiada ulasan