Header Ads

test

USAHA DEKATKAN GENERASI MUDA DENGAN SENI WARISAN TRADISIONAL PERLU DIPERGIAT ALOR SETAR – Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keus...


USAHA DEKATKAN GENERASI MUDA DENGAN SENI WARISAN TRADISIONAL PERLU DIPERGIAT ALOR SETAR – Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin menyarankan agar usaha memperkenalkan dan mendekatkan generasi muda dengan seni warisan tradisional perlu dipergiat. Katanya, beliau percaya bahawa golongan muda tidak mengenali seni warisan tradisional seperti Jikey yang merupakan teater masyarakat Melayu popular pada zaman dahulu. "Fenomena ini sebenarnya berlaku di mana-mana, di pelosok dunia. Tuntutan kehidupan dan hambatan kemajuan yang dipengaruhi pula dengan asakan pelbagai nilai baharu menyebabkan khazanah-khazanah warisan terabai dan perlahan-lahan dilupakan. Keutamaan tidak diberi dan kepentingannya tidak lagi dipeduli," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Pelestarian Teater Tradisional Jikey Negeri Kedah yang berlangsung di Star Parade, Alor Setar, di sini, hari ini. Jelasnya lagi, program anjuran Persatuan Penggiat Seni Kreatif (PERSPEKTIF) perlu diperluaskan sasarannya bagi memperkenalkan warisan seni tradisional ini keseluruh dunia. "Pihak Kerajaan negeri, insha Allah akan sentiasa cakna terhadap warisan seni budaya dan akan mengambil apa sahaja langkah yang sesuai dan perlu untuk melestarikannya. "Ia khazanah yang berharga yang bukan sahaja harus kita titipkan kepada generasi mendatang dalam keadaan elok dan sempurna, tetapi juga merupakan produk bernilai besar yang mampu menarik kehadiran pelancong ke negeri Kedah yang kita cintai ini," tambah beliau lagi. Beliau mengharapkan agensi-agensi terlibat memberi kerjasama dan komitmen yang baik dalam usaha memulih dan memelihara seni warisan budaya bangsa ini. Turut hadir, Wakil Kementerian Perpaduan Negara, Nor Shahida Sulaiman; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah, Sabarina Masadi; Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah, Musa Khamis; Penolong Pegawai Tadbir Kanan Tourism Malaysia Negeri Kedah, Hajar Md Yatim; Aktivis Veteran Seni Budaya Negeri Kedah, Badrul Munir Md Isa dan Pengurus Operasi Kompleks Star Parade, Kuan Hok Hin. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 11/12/2023, 10:00:37 AM 

Tiada ulasan