Header Ads

test

USAHA LINDUNGI DAN PERKASAKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH WAJAR DISOKONG ALOR SETAR - Undang-undang Syariah yang berada di bawah bid...


USAHA LINDUNGI DAN PERKASAKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH WAJAR DISOKONG ALOR SETAR - Undang-undang Syariah yang berada di bawah bidang kuasa negeri mestilah terus dilindungi dan diperkasakan serta sebarang usaha untuk melindungi mesti disokong. ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari berkata, sekarang ini kita berhadapan dengan cabaran litigasi yang cuba mempertikaikan keabsahan undang-undang syariah dan mempertikaikan kuasa Dewan Undangan Negeri dalam menggubal peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang syariah. "Kita sedang membahaskan pindaan seksyen 46 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam pada hari ini, dalam masa yang sama seksyen 80 enakmen yang sama sedang dicabar di mahkamah sivil, dimohon isytihar sebagai tidak berperlembagaan, yang mana seksyen ini berkaitan keupayan memeluk Islam bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun. "Inilah cabaran yang kita hadapi hari ini, ada pihak yang cuba mengurangkan kuasa kerajaan negeri dalm menggubal sesuatu perkara yang sekian lama di bawah bidang kuasa negeri dan seolah-olah nak merungkai kuasa undang-undang syariah sedia ada yang sebenarnya sudah terhad," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul pindaan Seksyen 46 Subseksyen 2 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam negeri Kedah ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet 2024 Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Katanya lagi, Pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam adalah usaha yang tepat dan wajar diusahakan segenap kemampuan untuk meneliti juga pindaan-pindaan lain bagi memperkasa dan melindungi mahkamah syariah daripada pihak-pihak yang cuba meruntuhkannya. "Justeru itu , dengan semangat memperkasa undang-undang syariah negeri Kedah, saya menyokong pindaan seksyen 46 subseksyen 2 enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam negeri Kedah," tegas beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/30/2023, 5:00:53 PM 

Tiada ulasan