Header Ads

test

TUAI HASIL MENINGKAT TANAM PADI LIMA KALI DUA TAHUN ALOR SETAR - Rakyat Kedah boleh menarik nafas lega apabila usaha kerajaan n...


TUAI HASIL MENINGKAT TANAM PADI LIMA KALI DUA TAHUN ALOR SETAR - Rakyat Kedah boleh menarik nafas lega apabila usaha kerajaan negeri meningkatkan hasil padi melalui kaedah penanaman padi lima kali dua tahun membuahkan hasil. Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, projek ini meningkat daripada purata 3 ke 3.5 tan perhektar kepada 5 tan perhektar. "Pihak MADA pun dah dapat peruntukkan yang banyak untuk menambah baik sistem pengairan. Insha Allah di Kedah projek rintis ini akan diperbesarkan lagi kawasan-kawasan tanaman padi bagi memberi lebih manfaat yang lebih kepada pesawah. "Kerajaan negeri juga berhasrat mewujudkan 'stock pile' (simpanan stok) padi sendiri. Kalau ada simpanan ni akan memudahkan rakyat jika berlaku apa-apa kecemasan nanti," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan mulut di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet 2024, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Tegas beliau lagi, hasrat ingin mengadakan simpanan stok negeri adalah untuk memastikan tidak apa pihak yang dapat memainkan isu kenaikan harga bekalan beras. "Kami dah ada stok kami sendiri, jadi hampa (pihak yang tidak bertanggungjawab) jangan cuba permain kami (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan masih tiada stok sendiri, dulu ada di Anak Bukit tetapi sekarang dah tak dak. Jadi insha Allah kita usaha sehabis baik untuk mewujudkan semula simpanan stok padi, Insha Allah," tegas beliau lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/30/2023, 4:30:53 PM 

Tiada ulasan