Header Ads

test

170 USAHAWAN SERTAI ASEAN HALAL EXPO 2023 THAILAND – Seramai 170 usahawan negara ASEAN menyertai ASEAN Halal Expo 2023 yang ber...


170 USAHAWAN SERTAI ASEAN HALAL EXPO 2023 THAILAND – Seramai 170 usahawan negara ASEAN menyertai ASEAN Halal Expo 2023 yang berlangsung di Asean Mall Pattani, Thailand, baru-baru ini. Majlis Penutup ASEAN Halal Expo 2023 dan Pelancaran ASEAN Halal Expo 2024 ini dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Beliau juga berpeluang mempromosikan Negeri Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025 serta mengajak masyarakat ASEAN untuk menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi pilihan pelancong. Katanya lagi, kerjasama erat diantara negara ASEAN penting dalam merancakkan ekonomi negara serantau. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) serta Usahawan Negeri Kedah yang turut terlibat dalam program tersebut. Turut hadir, Pengarah ASEAN Mall, Dato' Haji Jamal Mohd Amin; Pengarah ASEAN Halal Expo 2023, Mohd Zamri Said; Wakil Konsulat Malaysia di Songkla, Mohd Yusri Daud; Ahli Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Institut Halal, Prince Songkla University, Dr Azman Tae Ali dan Pengerusi Persatuan Institusi Pengajian pondok 5 Wilayah Thailand, Baba Muhammad Suwari Hassan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #ADUNKubangRotan -UPDA 12/5/2023, 2:01:57 PM 

Tiada ulasan