Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pada awal bulan November, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke Mesyuarat BOD KMC, Majlis SDG Negara dan Mesyuarat EXCO. Dato' Seri turut menghadiri Himpunan Solidariti Untukmu Palestin bertempat di Stadium Darul Aman dan dihadiri ribuan rakyat negeri Kedah. Seterusnya beliau menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 19 November 2023. Beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan mempengerusikan beberapa mesyuarat antaranya mesyuarat mingguan EXCO, Perancangan Negeri Kedah dan bajet PKNK. Selain itu, satu Perjanjian Usahasama Antara KXP Airportcity Holdings dengan Tahira Sdn Bhd diadakan pada 22 November. Perjanjian itu akan membolehkan pembangunan Kedah Aerotropolis dapat berjalan seperti dirancang. Pada 26 November sehingga 30 November telah berlangsung Sidang Dun Pembentang Bajet 2024 Negeri Kedah Darul Aman. Sidang berjalan dengan lancar dan perbahasan ADUN di pihak Kerajaan negeri dan pembangkang bersifat matang serta harmoni. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Rangkuman -UPDA 12/4/2023, 4:39:06 PM 

Tiada ulasan