Header Ads

test

2600 PELARI, 31 NEGARA JAYAKAN LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON 2023 LANGKAWI - 2600 pelari marathon daripada 31 negara men...


2600 PELARI, 31 NEGARA JAYAKAN LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON 2023 LANGKAWI - 2600 pelari marathon daripada 31 negara menjayakan Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2023 yang berlangsung 2 Disember lalu. Sebanyak tiga ketegori yang dipertandingkan iaitu 21km (half marathon), 10km dan 5km (fun run). Keunikan bagi penganjuran kali ini, peserta kategori 21km (half marathon) perlu merentasi trek kawasan sawah padi di Mukim Ulu Melaka. Pemilihan trek tersebut bagi mempromosikan tempat pelancongan di Langkawi yang kaya dengan nilai sejarahnya kepada pelari yang hadir daripada seluruh pelusuk dunia. Kawasan Ulu Melaka yang terlihat seperti bentuk cincin jika dilihat dari udara atau dipanggil Mahsuri Rings. Akibat hentaman meteorit, terbentuklah kawasan tanah pamah (sawah padi) dan perbukitan. Penganjuran acara ini turut merancakkan ekonomi kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di sekitar Langkawi. Pelepasan peserta disemprunakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff di Mahsuri International Exhibition Center. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan dan Pembangunan), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin dan Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/4/2023, 2:01:30 PM 

Tiada ulasan