Header Ads

test

ADUN KUPANG SUMBANG MOTOSIKAL, TAJA PEMBELAJARAN ANAK ASNAF KUPANG – Kesempitan hidup yang menghalang pembelajaran tiga anak pa...


ADUN KUPANG SUMBANG MOTOSIKAL, TAJA PEMBELAJARAN ANAK ASNAF KUPANG – Kesempitan hidup yang menghalang pembelajaran tiga anak pasangan asnaf di Kampung Padang Tembak kini bertemu sinar apabila menerima bantuan motosikal baru sumbangan peribadi ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad. Pasangan asnaf, Faizal Mustafa dan Nur Sarimah Saad terpaksa memberhentikan pengajian anak- anak mereka kira-kira hampir setahun lalu rentetan ketiadaan kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah menengah dan rendah. Terbaru, ADUN Kupang, bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), Zulkifli Ramli turun menziarahi bagi menyampaikan sumbangan tambahan seperti tilam dan kelengkapan solat. YB Dato' Najmi turut meminta Pusat Khidmat DUN Kupang melaksanakan pembinaan dapur, tandas dan bilik air bagi keselesaan keluarga tersebut. Buat masa ini, keluarga tersebut terpaksa mandi di sungai dan menumpang tandas rumah saudara terdekat. Pusat Khidmat DUN Kupang turut bersetuju menaja perbelanjaan persekolahan ketiga-tiga anaknya yang masing-masing bersekolah di tahun dua, tingkatan dua dan bakal memasuki tahun satu sesi persekolahan depan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/13/2023, 3:00:30 PM 

Tiada ulasan