Header Ads

test

COVID-19: KES MENINGKAT KEPADA 595 PADA ME49/2023 ALOR SETAR – Kes COVID-19 dalam negeri Kedah meningkat kepada 595 kes pada Mi...


COVID-19: KES MENINGKAT KEPADA 595 PADA ME49/2023 ALOR SETAR – Kes COVID-19 dalam negeri Kedah meningkat kepada 595 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME48/2023) iaitu dari 3 Nov hingga 9 Dis berbanding pada minggu sebelumnya. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria berkata, kes yang diterima adalah bergelaja ringan dan situasi di Kedah adalah terkawal. "Secara kumulatif, sehingga ME49 tahun ini, kes COVID-19 di Negeri Kedah adalah sebanyak 5601. Dijangkakan akan berlaku peningkatan kes yang berterusan susulan pergerakan masyarakat dan aktiviti berkumpulan menjelang cuti sekolah dan perayaan Krismas. "Sehubungan itu, warga Negeri Kedah diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan COVID-19," ujarnya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. Beliau juga memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan terus memantau perkembangan situasi COVID-19 di dalam dan luar negara dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya. Bagi mendapatkan situasi terkini COVID-19, sila layari laman web KKMNOW di https://data.moh.gov.my. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/13/2023, 6:01:53 PM 

Tiada ulasan