Header Ads

test

BELIA BEBAS DADAH, KELUARGA SEJAHTERA




KUALA NERANG - Belia bebas dadah menjadi agenda penting kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan kesejahteraan institusi kekeluargaan dan masyarakat. 


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata beliau menyokong usaha berterusan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kedah memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya belia di setiap daerah.


"Saya menyambut baik program sebegini di seluruh Negeri Kedah supaya kita dapat beri pendedahan kepada komuniti mengenali jenis-jenis dadah serta kesan buruk pengambilan dadah," ujarnya ketika merasmikan program Komuniti Bebas Dadah di Masjid Al-Islah, Kampung Perik, Kuala Nerang.


Tambahnya lagi, program anjuran bersama antara PEMADAM Negeri Kedah, PEMADAM Daerah Padang Terap, Masjid Jamek Al-Islah dan Pertubuhan Amal Bakti ini menjadi bukti keprihatinan masyarakat bersatu membanteras dadah hingga ke akar umbi.


Beliau turut menegaskan peranan ibu bapa menjaga dan mengawal anak-anak dari terjebak dengan najis dadah yang membawa kehancuran institusi kekeluargaan.


"Tanggungjawap kita sebagai ibu bapa perlu memastikan anak-anak kita ini bebas dari ancaman dadah," ujar YB Ustazah Ashah lagi.


Turut hadir, Penghulu Mukim Kurung Hitam, Hafizul Abdul Rahman, Imam Masjid Jamek Al-Islah Kampung Perik, Ustaz Hashim Saat dan Pengerusi Pertubuhan Amal Bakti, Rosiah Ramli.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan