Header Ads

test

KEDAH TOP 5 PELABURAN TERTINGGI DI MALAYSIA KUALA LUMPUR – Kedah kekal berada dalam carta lima negeri pelaburan tertinggi di M...


KEDAH TOP 5 PELABURAN TERTINGGI DI MALAYSIA KUALA LUMPUR – Kedah kekal berada dalam carta lima negeri pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM22.6 bilion. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini, keseluruhan pelaburan yang diterima Malaysia berjumlah sebanyak RM225.0 bilion nilai pelaburan bagi tempoh Januari hingga September 2023. Menerusi kenyataan itu juga, pelaburan tertinggi yang diluluskan didahului oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM48.9 bilion) diikuti oleh Pulau Pinang (RM44.9 bilion), Selangor (RM41.6 bilion), Kedah (RM22.6 bilion) dan Johor (RM20.0 bilion). Menurut laporan tersebut, sektor perkhidmatan mencatatkan pelaburan yang tertinggi iaitu RM117.7 bilion diikuti sektor pembuatan (RM99.8 bilion) dan sektor utama (RM7.5 bilion). Jelas kenyataan media itu lagi, Pelaburan Langsung Asing (FDI) mencatatkan jumlah pelaburan RM125.7 bilion manakala Pelaburan Langsung Dalam Negeri (DDI) menyumbang RM99.3 bilion. "RM225 bilion, yang mewakili peningkatan 6.6% tahun ke tahun, adalah pencapaian terbaik Malaysia untuk tempoh yang sama tahun lalu dan peningkatan yang ketara berbanding purata 10 tahun sebanyak RM222.6 bilion untuk pelaburan swasta yang diluluskan," kata Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Perindustrian (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Sebanyak 3,949 jumlah projek diluluskan daripada pelaburan itu dan akan menjana 89,495 jumlah pekerjaan baharu dalam negara. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #pelaburan #top5pelaburantertinggi -UPDA 12/7/2023, 1:30:45 PM 

Tiada ulasan