Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI TIDAK LUPA PENGORBANAN BEKAS POLIS ALOR SETAR – Exco Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam d...


KERAJAAN NEGERI TIDAK LUPA PENGORBANAN BEKAS POLIS ALOR SETAR – Exco Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menegaskan segala pengorbanan bekas-bekas polis tidak pernah dilupakan oleh Kerajaan Negeri. Katanya, setiap jasa dan pengorbanan bekas anggota polis perlu diberi perhatian. "Tanpa perjuangan tuan-tuan dan puan-puan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan mungkin kita tidak dapat berdiri di sini dengan selesa sebagai rakyat sebuah negara yang berdaulat dan aman damai. "Saya yakin penubuhan persatuan ini dengan mottonya "Dari Ahli Ke Ahli" dan "Mengenang Jasa Pejuang Negara" adalah tidak lain untuk memastikan kebajikan ahli-ahli persatuan dan masyarakat akan terus dijaga dan dipertingkatkan dari masa ke semasa," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Kedah Kali Ke-42 di Jerai Hotel, di sini, hari ini. Katanya, beliau memahami bahawa PBPM merupakan sebuah Badan NGO Keselamatan yang terbesar di Malaysia dan sangat komited dalam memberi perkhidmatan terutamanya kepada rakyat. "Jesteru itu, saya percaya Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah ini telah berjaya melakukannya dan menjadi satu persatuan yang unggul dan hebat di Negeri Kedah. "Semoga ketaatan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan terpupuk sehingga ke generasi seterusnya," ujarnya lagi. Hadir sama, Presiden PBPM, Dato' Haji Mokhtar Omar; Yang Dipertua Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Kedah, Syed Fadzil Syed Embun dan ADUN Derga, YB Muhamad Amri Abdul Wahab "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/14/2023, 10:31:35 PM 

Tiada ulasan