Header Ads

test

PENDUDUK MASTAUTIN SYARAT UTAMA LANTIK SEBAGAI MKK LANGKAWI – Kerajaan negeri menetapkan syarat utama pelantikan Majlis Ketua K...


PENDUDUK MASTAUTIN SYARAT UTAMA LANTIK SEBAGAI MKK LANGKAWI – Kerajaan negeri menetapkan syarat utama pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) adalah penduduk yang bermastautin di kampung tersebut. Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menyifatkan syarat tersebut dibuat agar segala bantuan, bencana alam dan kerosakan dapat disampaikan dengan segera. Katanya lagi, MKK perlu berperanan mendukung hasrat dan dasar kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat kepada penduduk. "Antara hasrat utama kerajaan negeri adalah supaya Majlis Ketua Kampung ini menjadi satu unit urus tadbir kampung yang benar-benar menjalankan fungsi dalam menggerakkan komuniti setempat untuk memajukan kampung," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kursus Pemantapan Majlis Ketua Kampung (MKK) yang berlangsung di Hotel Langkasuka, Langkawi, di sini, hari ini. Beliau yang juga merupakan ADUN Merbau Pulas berkata, beliau maklum tentang kekangan peruntukan kewangan terutamanya pembaikan projek kecemasan seperti bencana dan lain-lain lagi. "Pihak kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya dengan kemampuan yang ada untuk mencukupi keperluan-keperluan tersebut di peringkat komuniti dan kampung. "Harapan saya, semoga kita semua dapat bersama-sama berusaha untuk berbakti kepada komuniti kampung kita. Kampung yang sejahtera akan melahirkan komuniti yang sejahtera seterusnya membentuk masyarakat dan negara yang Sejahtera," tambah beliau lagi. Kursus selama tiga hari ini disertai oleh 143 peserta terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MKK. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2023, 5:44:58 PM 

Tiada ulasan