Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin menghadiri Media and Entrepreneur Network Building in Nusantara Region di BP Grand Tower Hotel, Hat Yai Sokla, pada hari ini. Program tersebut menfokuskan peranan Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam Kerjasama Industri Pelancongan dan Keusahawanan bagi usahasama Segi Tiga IMT- GT. Majlis tersebut dirasmikan oleh Director Development Promotion and Support of SBPAC(Sec Gen SBPAC), Kapten Jakapong Apimahatham. Ucapan seterusnya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Mr Mahamaphiskri Wamae, Timbalan Gabenor Wilayah Songkla dan ucapan laporan oleh Encik Chaiyong Rungmaneesakun, Presiden Persatuan Media Selatan Thailand. Hadir sama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi; Konsul Jeneral Republik Indonesia di Songkhla, Suargana Pringganu; wakil Pelancongan Songkla; Persatuan Perdangangan dan Pelancongan Halal Thai-Asean; Persatuan Perhotelan Hatyai-Songkla dan Persatuan Industri Pelancongan Songkla. Dalam majlis tersebut, Dato' Salleh berpeluang berucap bagi mempromosi Negeri Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Katanya, kerjasama antara negara ASEAN amat penting bagi merancakkan lagi ekonomi negara serantau serta kedudukan Negeri Kedah yang bersempadan dengan Thailand diharapkan dapat merancakkan lagi ekonomi setempat dan negeri "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/2/2023, 8:05:15 PM 

Tiada ulasan