Header Ads

test

PERANAN PERPUSTAKAAN PERLU DIPERLUAS, BUKAN SEKADAR TEMPAT MEMBACA BUKIT KAYU HITAM – Perpustakaan memainkan peranan penting da...


PERANAN PERPUSTAKAAN PERLU DIPERLUAS, BUKAN SEKADAR TEMPAT MEMBACA BUKIT KAYU HITAM – Perpustakaan memainkan peranan penting dalam mengubah nasib dan sosioekonomi masyarakat. Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, perpustakaan perlu ditonjolkan ke arah yang lebih terbuka selain memberikan pendidikan semata-mata. "Apabila saya dilantik menjadi Pengerusi Perpustakaan, saya sentiasa menegaskan kepada pihak pengurusan perpustakaan untuk memberikan perhatian terhadap sumbangan perpustakaan kepada masyarakat. "Kita mahu perpustakaan turun dan mendekati masyarakat dan menyampaikan perkhidmatan perpustakaan secara menyeluruh terutamanya di luar bandar," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program Jalinan Ilmu "Perpustakaan Di Hatiku" bertempat di Felda Bukit Tangga, di sini, hari ini. Beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam berkata, segala perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan seharusnya dapat memberi manfaat kepada masyarakat. "Harapan saya, masyarakat setempat di sini tidak hanya melihat perpustakaan sebagai tempat membaca semata-sama. "InsyaAllah, sekiranya ada peruntukan dari pihak kerajaan negeri, kita akan tambah baik kemudahan yang ada dan akan jadikan perpustakaan sebagai 'one stop centre', prevention centre atau Rumah Ilmu untuk penduduk di sini," jelas beliau lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulaman #UPDA -UPDA 12/19/2023, 4:05:41 PM 

Tiada ulasan