Header Ads

test

BALING BERCAHAYA, BALING BAHAGIA BALING – Kerajaan negeri bersedia menyambut kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara sem...


BALING BERCAHAYA, BALING BAHAGIA BALING – Kerajaan negeri bersedia menyambut kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato' Mohd Salleh Saidin, program Baling Bercahaya itu sejajar dengan hasrat kerajaaan untuk menaikkan industri pelancongan negeri bagi menjayakan TMK 2025. "Saya yakin Program Baling Bercahaya 2024 ini akan dapat melonjakkan lagi nama daerah ini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung yang tentu sahaja akan merancakkan aktiviti sosio-ekonominya, " ujar beliau. Setiap daerah di Kedah katanya akan turut memperoleh laba daripada program Tahun Melawat Kedah 2025. Beliau berkata demikian di hadapan 22ribu warga Baling ketika merasmikan Program Baling Bercahaya 2024, Dataran Titian Ilham, malam tadi. Tambah Mohd Salleh, rakyat Kedah perlu mempersiapkan diri untuk menerima para tetamu yang datang dari pelbagai latar belakang. "Jadikanlah gemerlap lampu pada malam yang dilimpahi cahaya ini sebagai simbol kesiapsiagaan kita untuk menyambut kehadiran tetamu-tetamu tersebut. "Ia sebagai cerminan pada keceriaan kita dalam mengalu-alukan kehadiran mereka," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/9/2024, 12:30:51 AM 

Tiada ulasan