Header Ads

test

BANGUNKAN THE GREATER KEDAH DENGAN IMAN DAN ILMU JITRA - Gagasan The Greater Kedah perlu dijadikan panduan dan berlandaskan huk...


BANGUNKAN THE GREATER KEDAH DENGAN IMAN DAN ILMU JITRA - Gagasan The Greater Kedah perlu dijadikan panduan dan berlandaskan hukum syarak, nilai iman dan ilmu serta budaya ketimuran. Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, bagi portfolio pendidikan dan agama beliau telah merangka tujuh gagasan antaranya gagasan ketiga iaitu menyuburkan majlis ilmu di seluruh negeri Kedah. "Semoga keberkatan negeri akan diperolehi melalui penghayatan ilmu serta ketakwaan dari para pimpinan dan seluruh rakyat negeri Kedah," ujar beliau ketika merasmikan Program Darulaman Berselawat bertempat di Tasik Darulaman semalam. Katanya, beliau mengharapkan gagasan The Greater Kedah di kalangan masyarakat bukan sekadar menatijahkan semangat membangunkan negeri tetapi semangat berlandaskan kepada ilmu dan iman. Tambah beliau, kepelbagaian ilmu itu penting untuk dimiliki oleh rakyat negeri supaya dapat seimbangkan pembangunan negeri, pembangunan manusia dan pembangunan ekonomi. Jelasnya lagi, dengan komitmen semua warga semoga dapat merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua dan menjadikan Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh Tempat Orang Kaya Menabur Bakti. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/2/2024, 2:06:40 PM 

Tiada ulasan