Header Ads

test

BDB DAN SHANGHAI YOUZHU INDUSTRY MENANDATANGANI MOU ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad dan Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. me...


BDB DAN SHANGHAI YOUZHU INDUSTRY MENANDATANGANI MOU ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad dan Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam usaha membangunkan pengurusan sisa industri secara inovatif. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, usahasama ini bertepatan dengan tema utama dalam Pelan Pembangunan KEDAH 2035 melibatkan pengurusan sisa industri terjadual secara inovatif. Tambahnya, kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan, memudahcara dalam setiap urusan yang berkaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri agar setiap projek dapat dibangunkkan mengikut tempoh masa yang telah dirancang. Jelas beliau lagi, dasar-dasar yang diamalkan di negeri Kedah berkaitan dengan pelaburan dan industri akan sentiasa mengambil kira kepentingan pelabur dan pada masa yang sama, undang-undang dan peraturan sedia ada akan sentiasa dipatuhi. "Saya baru balik dari 'trade mission' di Gejiu City, Yunnan Province, China untuk menyertai lawatan ke beberapa industri yang berpotensi untuk kita bawa ke Kedah. "Salah satunya ialah Greennovo Environmental Technology Co. Ltd. Greennovo sudah pun beroperasi di Padang Meha, Kulim menerusi satu syarikat kerjasama Xin Sheng Environmental (M) Sdn. Bhd. "Sekarang mereka bercadang hendak buka kilang baharu selain menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkonsepkan hijau," ujarnya dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Bina Darulaman Berhad dan Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, di sini hari ini. Muhammad Sanusi berkata, negeri Kedah menjadi negeri tumpuan utama para pelabur langsung asing selepas mengekalkan prestasi pelaburan yang tinggi jauh melepasi sasaran selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2021. Jalinan kerjasama daripada agensi persekutuan diperlukan menurut Menteri Besar kerana kemasukan pelaburan bukan hanya memberi manfaat kepada kerajaan negeri malah memacu pembangunan negara. "Ekonomi patut diberi ruang seluas-luasnya untuk membangun dan membawa kesejahteraan kepada orang ramai. "Janganlah kerana politik yang sempit memberi impak buruk kepada pelabur-pelabur yang memasang niat untuk datang ke negeri kita," tegas beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #mou -UPDA 1/22/2024, 8:07:02 PM 

Tiada ulasan