Header Ads

test

FERROTEC MANUFACTURING BEROPERASI SECARA RASMI DI KEDAH KULIM – Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. memilih Kedah sebag...


FERROTEC MANUFACTURING BEROPERASI SECARA RASMI DI KEDAH KULIM – Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. memilih Kedah sebagai tapak pembinaan fasiliti pembuatan baharu terbesar selain negara Jepun, China dan Amerika Syarikat. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor kemudahan tapak itu meliputi 800ribu kaki persegi ruang pembuatan dan pejabat. Tambahnya, Ferrotec berpotensi mencipta kira-kira 800 peluang pekerjaan dan menjadi bukti komitmen Ferrotec kepada komuniti sekitar. "Negeri Kedah merupakan destinasi pelaburan yang sangat baik yang terkenal dengan pelancongan, pertanian, dan pembuatan. "Kedah menawarkan lokasi yang strategik, tenaga kerja mahir dan persekitaran yang menyokong untuk syarikat berkembang maju," ujar beliau dalam Majlis Perasmian Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. Bertempat di Ferrotec Plant, Kulim Hi-tech Park di sini hari ini. Jelas beliau, Ferrotec telah berkembang menjadi pemain utama dalam menjalankan kerja pemasangan elektro-mekanik dan fabrikasi bahan termaju bagi peralatan semikonduktor dan perubatan bagi mencipta nilai mampan sejajar dengan visi Kedah untuk pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri. Katanya, Ferrotec Manufacturing Malaysia Sdn Bhd memberi tumpuan kepada pembuatan komponen dan pemasangan kritikal yang menyokong pengeluar peralatan proses semikonduktor. Tambahnya, keputusan Ferrotec memilih Malaysia untuk mengembangkan perniagaan bukan sahaja meningkatkan landskap perindustrian Kedah malah meletakkan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk perniagaan global. "Kerajaan negeri amat mengalu-alukan syarikat untuk melabur dan membangun secara langsung di Kedah. "Sokongan kerajaan negeri terhadap pelaburan terbukti dalam proses pentadbirannya yang cekap dan faedah serta infrastruktur yang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Ferrotec #thegreaterkedah -UPDA 1/15/2024, 4:30:04 PM 

Tiada ulasan