Header Ads

test

GRENNOVO TECHNOLOGY BERHASRAT TAMBAH PELABURAN DI KEDAH YUNNAN - Greennovo Environmental Technology Co. Ltd, sebuah syarikat ya...


GRENNOVO TECHNOLOGY BERHASRAT TAMBAH PELABURAN DI KEDAH YUNNAN - Greennovo Environmental Technology Co. Ltd, sebuah syarikat yang beroperasi di China, Laos, Vietnam, Thailand, Mesir dan Malaysia berhasrat menambah pelaburan mereka di Kedah. Syarikat yang berpengkalan di China itu menyatakan hasrat tersebut kepada delegasi Kerajaan Negeri Kedah di Yunnan, kelmarin. Menurut Pengerusi syarikat, Leon Ma berkata buat masa ini operasi di Kedah melalui syarikat Xin Sheng Environmental hanya menjalankan aktiviti penghasilan serbuk zinc oxide dengan mengitar semula sisa industri tempatan. Katanya, mereka berhasrat mengembangkan operasi semasa di Kedah dengan menjalankan aktiviti lanjutan menukar serbuk zink oxide menjadi zinc ingot selain turut membangunkan pusat R&D berkonsepkan teknology hijau. Dalam lawatan kerja tersebut, Kerajaan Negeri Kedah menyatakan kesudian untuk memudahcara proses pelaburan yang dihasratkan namun perlu tertakluk kepada peraturan-peraturan yang terpakai. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata sektor industri di Negeri Kedah kini sedang membangun dengan pesat dengan kemasukan pelaburan tempatan dan asing. Namun, Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan halatuju pengembangan industri berada pada landasan yang tepat khususnya dalam menjaga kesan ke atas alam sekitar. Delegasi Kerajaan Negeri Kedah ke China diketuai oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Turut sama lawatan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam, NGO, YB Wong Chia Zhen, Pengurus Besar Invest Kedah, Noor Ikhsan Abdul Aziz, Pengarah MIDA Guangzhou, Safwan Nizar Johari, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Sharifah Zakiah Binti Syed Shahab dan beberapa yang lain. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah #kedah2035 -UPDA 1/19/2024, 10:13:45 AM 

Tiada ulasan