Header Ads

test

SARINGAN AWAL KANSER SERVIK DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA POKOK SENA – Kanser servik boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan ...


SARINGAN AWAL KANSER SERVIK DAPAT MENYELAMATKAN NYAWA POKOK SENA – Kanser servik boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko perkembangan kanser servik. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB.Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihak kementerian telah memperuntukan bajet bagi pelaksanaan saringan awal kanser payudara dan kanser serviks. Tambahnya, bulan Januari setiap tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan 'Bulan Kesedaran Kanser Serviks' atau lebih dikenali sebagai kanser Pangkal Rahim. Jelas beliau, Hari Kesihatan Komuniti Klinik Kesihatan Pokok Sena 'Saringan Awal Wanita Mampu Menyelamatkan Nyawa' memenuhi hasrat kerajaan sebagai sokongan kepada usaha bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencapai sasaran sifar insiden kanser servik menjelang tahun 2070. "Saya sangat berharap agar suami turut memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada isteri, ibu dan ahli keluarga wanita untuk tampil menjalani pemeriksaan saringan dan mengamalkan gaya hidup sihat. "Segala kemudahan telah tersedia untuk anda, gunakan peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan ujian HPV DNA dan Pap Smear secara percuma," ujarnya Sempena Hari Kesihatan Komuniti Klinik Kesihatan Pokok Sena di sini hari ini. Menurut Mansor, kanser serviks adalah kanser ketiga paling tinggi dihidapi wanita dan perlu dipandang serius bagi membendung penyakit insiden Kanser Serviks di Malaysia. Katanya lagi, faktor risiko berlakunya kanser itu dikaitkan dengan faktor sosio -demografi seperti usia tua, status sosioekonomi yang rendah, indikator aktiviti seksual seperti bilangan pasangan seksual dan usia pertama kali mengadakan hubungan seksual serta sejarah penyakit kelamin terutamanya infeksi papilomavirus manusia (HPV). "Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan setiap tahun dianggarkan sebanyak 2000 hingga 3000 kes Kanser serviks dikesan di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 944 Wanita meninggal dunia akibat kanser Serviks. "Kanser ini adalah kanser yang boleh dikesan pada peringkat awal melalui ujian saringan seperti HPV DNA dan Pap Smear," ujar beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ADUNKualaKetil -UPDA 1/18/2024, 9:17:47 PM 

Tiada ulasan