Header Ads

test

JANGAN TINGGAL SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH Solat Fajar iaitu solat sunat sebelum Subuh merupakan solat sunat yang paling banyak p...


JANGAN TINGGAL SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH Solat Fajar iaitu solat sunat sebelum Subuh merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarik perhatian. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْر Maksudnya: "Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar". Riwayat Al-Bukhari (1116) رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Maksudnya: "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya". Riwayat Muslim (725) _BULAN PENGHAYATAN SOLAT 1445H/2024M_ "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/20/2024, 10:00:37 PM 

Tiada ulasan