Header Ads

test

KEBAJIKAN GURU KAFA MENJADI KEUTAMAAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberikan jaminan akan berusaha untuk memperjuangkan kebaji...


KEBAJIKAN GURU KAFA MENJADI KEUTAMAAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberikan jaminan akan berusaha untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA. Kerajaan negeri memberikan sokongan sepenuhnya dan berharap mesyuarat agung itu menjadi platform utama dalam meningkatkan agenda kebajikan guru KAFA di seluruh Kedah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, seorang pendidik mempunyai tanggungjawab besar dalam membimbing generasi muda menjadi insan yang cemerlang. "Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan negeri tidak akan berhenti mencari jalan untuk kita membela kebajikan guru-guru KAFA kerana anda semua umpama permata yang bersinar dalam menyinari hidup orang lain" ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Warga KAFA Negeri Kedah kali ke 12 di Seri Mentaloon, hari ini. Dimensi baru alam pendidikan yang begitu berbeza sifatnya menurut beliau perlu ditangani dengan matang dan hikmah. "Tahun 2024 ini, saya sangat berharap semua jawatankuasa yang ada haruslah menggalas tanggungjawab dengan dedikasi supaya setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan sebaik mungkin agar sasaran dan keperluan serta kebajikan semua ahli dapat dipenuhi" katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/27/2024, 6:00:35 PM 

Tiada ulasan