Header Ads

test

PADANG TERAP : BANDAR GETAH DAN EKO PELANCONGAN MENJELANG 2035 PADANG TERAP- Kerajaan negeri Kedah menjenamakan daerah Padang T...


PADANG TERAP : BANDAR GETAH DAN EKO PELANCONGAN MENJELANG 2035 PADANG TERAP- Kerajaan negeri Kedah menjenamakan daerah Padang Terap sebagai Bandar Getah mengikut potensi dan kekuatan daerah tersebut. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi berkata, beliau mencadangkan daerah itu diangkat sebagai bandar getah dan juga daerah eko pelancongan menjelang 2035. "Menerusi Pelan Pembangunan Kedah 2035, setiap daerah di negeri Kedah dijenamakan semula mengikut kepada potensi dan kekuatan sebagai hala tuju perancangan pembangunan. "Sejajar dengan pengenalan identiti daerah yang telah diterjemahkan berdasarkan kepada kekuatan dan potensi yang ada di peringkat lokal, ia juga akan menjadi pandu arah kepada perancangan pembangunan di peringkat pentadbiran daerah." Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, di sini, hari ini. Jelasnya, cadangan Bandar Industri Pintar KRC dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan lebih tinggi bagi daerah Padang Terap. Tambah beliau, cadangan pengurusan pelancongan Hutan Simpan Pedu yang komprehensif dijangka dapat memberi manfaat khususnya peningkatan ekonomi komuniti setempat. Menurut Muhammad Sanusi, melalui Pelan Pengurusan Pelancongan Tasik Pedu, beberapa elemen-elemen utama telah dikenalpasti dan dititikberatkan khususnya dalam usaha memelihara dan memulihara Hutan Simpan Pedu. Menteri Besar turut berkata, rancangan tempatan itu dijangka dapat membantu Majlis Daerah Padang Terap sebagai rujukan dalam melaksanakan pembangunan pelancongan yang lebih komprehensif di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi teknikal, operator pelancongan dan komuniti setempat. "Usaha yang digembleng oleh Majlis Daerah Padang Terap dan PLANMalaysia saya harap akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga Daerah Padang Terap. "Semoga maklum balas yang diberikan akan menghasilkan perancangan yang terbaik untuk kita semua," kata Sanusi. #UrusetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 1/7/2024, 4:21:06 PM 

Tiada ulasan