Header Ads

test

RAKYAT KEDAH BANJIRI PERLAWANAN PILIHAN MB VS GACOR FC ALOR SETAR - Rakyat Kedah membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim, Suka M...


RAKYAT KEDAH BANJIRI PERLAWANAN PILIHAN MB VS GACOR FC ALOR SETAR - Rakyat Kedah membanjiri Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam tadi bagi menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di antara Pilihan Menteri Besar (MB) dan Gacor FC. Perlawanan bola sepak secara santai itu mendapat tontonan lebih 20,000 penonton menerusi siaran langsung di atas talian melalui platform facebook dan tiktok. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, beliau mengambil inisiatif untuk membawa para selebriti dan tiktokers ke dunia realiti supaya para penonton dapat menyaksikan mereka secara dekat. "Terima kasih kepada Gacor FC yang menyahut undangan daripada saya melalui live di Tiktok. "Saya harap di dunia realiti kita saling mengenal, bahu-membahu untuk membawa budaya baik dalam masyarakat kita," ujarnya selepas perlawanan persahabatan itu tamat. Pasukan Pilihan Menteri Besar Kedah dibarisi oleh pegawai-pegawai tadbir negeri dan beberapa ADUN negeri Kedah. Turut membuat penampilan khas oleh pemain bola sepak Sabah FC, Rizal Ghazali dan Farhan Roslan serta pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha. Manakala, pasukan Gacor FC diketuai oleh Tiktoker Acap S dan barisan selebriti Achey Bocey, Fad Bocey, Shashic, Rayyan Baling, Arul Laroca, Zahid AF dan Mamak Puteh. Perlawanan terpaksa dilanjutkan sehingga ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Pilihan MB. #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 1/8/2024, 7:43:11 AM 

Tiada ulasan