Header Ads

test

TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDIDIKAN DIABETES ALOR SETAR – Akses kepada pendidikan diabetes amat penting dalam menjamin kehi...


TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDIDIKAN DIABETES ALOR SETAR – Akses kepada pendidikan diabetes amat penting dalam menjamin kehidupan yang berkualiti. Kesedaran kepada perawatan dan penjagaan diabetes perlu dipertingkatkan di dalam komuniti. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria (B) berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat-Kekal Aktif, Cegah Diabetes 2024' di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar, hari ini. "Saya amat berbesar hati hadir dalam majlis seumpama ini khususnya karnival kesihatan yang menghimpunkan pelbagai agensi penjagaan diabetes, " ujarnya. Tambah beliau lagi, perawatan dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah komplikasi dan kematian pramatang kerana hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka. "Di peringkat global, dianggarkan seramai 537 juta orang dewasa yang berumur 20 hingga 79 tahun menghidap diabetes pada tahun 2021. International Diabetes Federation menjangkakan jumlah ini akan mencecah seramai 643 juta orang menjelang tahun 2030 dan seramai 783 juta orang pesakit menjelang tahun 2045, " kata Mansor. Beliau berharap semua pihak termasuk anggota kesihatan, akademik, sektor swasta dan pimpinan masyarakat bersama-sama mengekang peningkatan penyakit tidak berjangkit di negara ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/6/2024, 3:11:50 PM 

Tiada ulasan